Unit Bimbingan dan Kaunseling
Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu pelajar membuat rundingan baik dari segi akademik, sosial dan motivasi. Usaha ini adalah perlu untuk pembelajaran yang sempurna serta memperolehi kejayaan dalam bidang akademik atau kehidupan.
Segala bentuk rundingan dan perbincangan dengan klien adalah tertakluk kepada etika proses kaunseling iaitu kerahsiaan (confidential) dan membantu perkembangan klien dari sudut kognitif, tingkahlaku dan perasaan.
Kaunseling merupakan satu proses yang berpegang kepada beberapa etika yang seharusnya anda ketahui:-
1. Kerahsiaan– segala yang diceritakan tidak akan didedahkan sewenang-wenangnya kepada pihak yang tidak berkaitan
2. Kejujuran - kaunselor akan sedaya upaya membantu klien secara jujur dan mengharapkan kejujuran klien untuk berubah.
3. Penerimaan tanpa syarat - sesiapa juga klien, kaunselor akan menerima dengan hati yang terbuka.